Ainul Mardhiah dah duduk wad biasa, mama & walid bawa jalan2 dalam hospital

Setiap hari rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu mengenai perkembangan terbaru adik Ainul Mardhiah yang baru sahaja menjalani pembedahan di London.

Pembedahan yang dilakukan bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram di bahagian mulut itu akhirnya berjaya selepas lebih kurang 5 jam di bilik bedah.

Ainul dah pindah wad biasa

Semalam, ibu dan bapa adik Ainul telah memuat naik video terbaru bayi itu yang dilihat menunjukkan perkembangan positif. Ainul telah ditempatkan ke wad biasa.

View this post on Instagram

Ainul jalan jalan dalam hospital tadi. Dah boleh masuk wad biasa 😊 Seronok dia nak hisap jari tengok kiri kanan❤️ Sayang Ainul💕

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Tangan dah mulai bergerak

Setakat ini bayi kesayangan negara tersebut telah mulai menggerakkan tangannya dan memegang bahagian mulut. Walaupun pergerakkan tersebut cuba dihalangan oleh doktor, namun disebabkan Ainul semakin aktif, tindakannya itu terus dibiarkan sahaja asalkan tidak memudaratkan kesan luka dimulut.

Ainul dah masuk wadnya semula. Alhamdulillah. .Tengok lah tangannya tu. Nurse pun sampai dah tak tahu nak buat apa. Nak ikat, mereka kesian. .Last sekali, biar je tangan dia keluar.

Posted by Ahmad Safiuddin on Thursday, June 13, 2019

Dah boleh bernafas normal

Menerusi kapsyen daripada Nurul Erwani di Instagram, dia telah membawa anak sulungnya itu berjalan-jalan disekeliling hospital selepas bayi comel tersebut membuka mata dan boleh bernafas seperti sedia kala.

Banyak kali ulang tengok video Ainul

Menerusi perkongsian terbaru bapanya itu di Facebook, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai di ruangan tersebut. Mereka mengakui menonton video yang dimuat naik berulang kali kerana kagum dengan semangat dan kegigihan bayi itu melawan penyakit.

Seronok tengok tangan dia dah bebas macam tuKuatnya semangt awak yee sayang
Tak sabar nak tengok anak hebat ni balik Malaysia

Sumber : Nurul Erwani, Ahmad Safiuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here