Drama Curi2 Cinta ‘happy ending’, Aiman-Zahirah sedia berkahwin!

Sama cantik sama padan. Itu dapat digambarkan apabila melihat pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.

Kedua pasangan ini telah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Perth, Australia pada 8 Jun lalu.

Pengumuman tersebut bukan sahaja mendapat maklum balas positif peminat, malah turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti.

Baru-baru ini, kedua pasangan ini sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai setelah gandingan mereka menerusi drama Curi-Curi Cinta mendapat tempat di hati penonton.

Difahamkan, drama tersebut sudah sampai ke penghujungnya dan semalam merupakan episod terakhir ditayangkan di kaca televisyen.

Namun lebih menarik apabila pelakon utama drama tersebut, Aiman Hakim Ridza telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya yang mengundang perhatian ramai.

To be with you is next…

View this post on Instagram

To be with you is next 🤲🏼 #zahirAH

A post shared by Aimanhakimridza (@aimanhakimridza) on

Dengan kapsyen romantik, posting tersebut berjaya meraih lebih 126,000 tanda suka oleh pengikutnya dimana rata-rata mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

View this post on Instagram

What’s next? #zahirAH #curicuricinta 📸 @creativechamber_ 👗 @altelia_amani

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Semoga kekal hingga jannah…Suka tengok korang berdua…

Tambahan pula, tunangnya Zahirah Mac Wilson juga turut meninggalkan komen menerusi posting tersebut.

I heart you…

Sumber : Aiman Hakim Ridza

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here