Dua beradik selamat dikebumi, ibu terlelap ketika pandu kereta

Dua kanak-kanak perempuan yang maut selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung pada Rabu selamat dikebumikan semalam.

Ibu saudara mereka, Noorhayati Md Said Senang memuat naik gambar di laman Facebook di sekitar pengebumian Nur Halisa Sufiyya Resmansaha dan adiknya, Nur Syaakur Safiyyah.

Syukur alhamdulillah dipermudahkan . . Al-fatihah buat anak2 syurga NUR HALISA SUFIYYA RESMANSHAH . . NUR SYAAKUR…

Posted by Noorhayati Md Said Senang on Wednesday, June 12, 2019

“Syukur alhamdulillah dipermudahkan. Al-fatihah buat anak2 syurga,” tulisnya.

Menerusi laporan Astro Awani, kereta pacuan empat roda yang dipandu ibu mangsa di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut, Tawau hilang kawalan selepas terlelap seketika.

“Nur Asilah dan suami Resmanshah Indrat bersama seorang lagi anak lelaki mereka, Amru Muhammad Shah turut mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang terselamat duduk di bahagian hadapan kenderaan berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Tawau, Pemangku Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Rata-rata warganet menitipkan doa buat kanak-kanak perempuan terbabit dan berharap agar keluarga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Al-FatihahSalam takziah buat keluarga

Sumber : Astro Awani , Noorhayati Md Said Senang

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here