Hampir dilanggar treler, lelaki buru kereta WVY560 sebab tak bagi signal ketika tukar lorong

Malang tidak berbau. Perumpamaan tersebut sangat sesuai dengan satu kes langgar lari yang tular di media sosial sejak semalam lagi. Menerusi perkongsian daripada warga Facebook yang dikenali sebagai Muhammad AliKhanif Khaiza, dia dan seorang penunggang motosikal telah dilanggar lari oleh sebuah kereta.

Langgar lari motosikalHampir dilanggar treler

Menggunakan kereta jenis Volvo, pemandu tersebut didakwa tidak memberi signal semasa ingin menukar lorong. Perkara itu menyebabkan mereka penunggang motosikal terjatuh dan hampir dilanggar oleh sebuah treler.

Sempat kejar kereta yang tak bagi signal tu

Menurut Muhammad AliKhanif, dia hanya sempat mengejar kereta tersebut dan mengambil gambar plat kereta sebagai bukti sebelum pemandu kereta itu memecut laju melarikan diri.

Mangsa kemalangan telah dibantu oleh beberapa orang yang turut berada di tempat kejadian.

Saman je habis kerja!

Menerusi perkongsian yang dibuat itu, rata-rata netizen telah meminta agar lelaki tersebut membuat laporan polis diatas kejadian yang mengakibatkan kemalangan. Mereka turut mengecam tindakan pemandu kereta Volvo tersebut yang lari dan tidak mahu bertanggungjawab diatas kecelakaan yang berlaku.

Report polis je…Viralkan sampai dapat jumpa manusia tu!

Sumber : Muhammad AliKhanif Khaiza

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here