Hebat rezeki Allah! 5 tahun berdua, raya kali ni terus berlima

Bagi pasangan suami isteri, penantian selama bertahun-tahun bagi mendapat zuriat pertama bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilalui bersama.

Apatah lagi sering ditanya mengenai cahaya mata dan dipandang sinis oleh segelintir masyarakat sehingga menimbulkan perasaan sedih dan tertekan.

Namun berbeza bagi Raihana Kadir dan suaminya, Muhammad Hafiz yang tidak mudah putus asa dan sentiasa berfikiran positif dalam usaha untuk memiliki zuriat.

Menerusi laman Facebook, penasihat kewangan itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan tiga anak kembar setelah menanti dengan penuh kesabaran sejak berkahwin pada 2014.

#cabaranrayabersama5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah.. semoga yang…

Posted by RaiHana Kadir on Wednesday, June 12, 2019

“Lima tahun raya berdua.. Tahun ke-6 raya berlima. Alhamdulillah cantik perancangan Allah.. Semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan. Amin.

“Jangan putus asa ya.. Terus berfikiran positif. Saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini,” tulisnya semalam.

Jika sebelum ini ketibaan Aidilfitri hanya disambut mereka berdua, namun tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran trio kembar tersebut iaitu Huda, Harras dan Haris.

Perkongsian itu ternyata mengundang perhatian warganet dimana mereka turut memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata mengucapkan syukur atas perancangan hebat Allah SWT itu.

Doakan kami juga…Cantik perancangan Allah

Berkat usaha, doa & sabar!

Sumber : Raihana Kadir

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here