Lebih fokus pembedahan Ainul, Dr. Amalina sambut Syawal secara ringkas

Kisah penderitaan adik Ainul Mardhiah yang mendapat perhatian sehingga ke London ini telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Atas usaha dan berkat doa semua, Ainul Mardhiah telah diterbangkan ke London dibantu oleh Dr. Amalina Che Bakri yang juga rakayat Malaysia berkhidmat disana.

Tetap bekerja walaupun hari raya

Pembedahan berisiko itu akhirnya berjaya dan adik Ainul sudah mulai tersenyum. Pembedahan yang dilakukan pada hari raya tempoh hari telah membuatkan jadual harian doktor bedah yang juga selebriti media sosial itu agak padat.

Namun begitu, Dr. Amalina masih lagi sempat berhari raya bersama ibu serta kekasih hatinya di United Kingdom walaupun terikat dengan tugasan sebagai doktor di hospital.

View this post on Instagram

It’s time to post more Eid pictures! I managed to get one day off work on 1st Syawal and that was after finishing a 24-hour shift (didn’t expect that Eid would be on Tuesday in the UK), went back home around 9am, had a few hours sleep then got changed to my baju raya before rushing to the hospital to see baby Ainul and her parents. Well, that was my Hari Raya day 😊. Of course, my mom cooked ‘Ayam masak merah’ and ‘nasi tomato’, it was DEELIICIOUSSS. 🤤🤤🤤 (p/s: sampin dia terlondeh, I don’t know how to ikat 😂🤣)

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Berhari raya dengan keluarga Ainul

Hari ini, Dr. Amalina baru berkesempatan untuk memuat naik sambutan sederhananya pada hari raya yang lepas. Cantik memakai baju bewarna biru, Amalina dilihat sedondon dengan ibu serta teman lelaki ‘mat salehnya’.

Dia juga sempat bertemu dengan ibu dan bapa Ainul Mardhiah bagi berhari raya bersama-sama.

Fokus pada pembedahan

Ibunya turut menghidangkan ayam masak merah dan juga nasi tomato sebagai juadah dihari raya untuk dimakan bersama-sama dan seterusnya Dr. Amalina kembali fokus dalam pembedahan yang akan dilakukan kepada adik Ainul.

Nasi minyak bila ni doktor

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan selamat hari raya kepada ‘hero rakayat Malaysia’ ini dan turut menjawab gurauan Dr. Amalina tentang pemakaian sampin teman lelakinya itu.

Jangan risau sampin tu memang susah nak ikatSelamat hari raya DoktorSemoga hubungan ke jinjang pelaminHahaha kelakarlahCantiknya sedondon dengan mak

Sumber : Dr. Amalina

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here