Muat naik gambar telinga bayi, Abam Bocey dapat anak lelaki

Selepas beberapa jam menanti kelahiran anak sulungnya, akhirnya pelawak terkenal, Abam Bocey, telah mendapat seorang anak lelaki sebentar tadi. Isteri Abam telah selamat melahirkan anak mereka di Hospital Selayang dibantu oleh doktor dan juga jururawat yang bertugas.

Dah jadi ayah…

Abam telah memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya dan turut meluahkan rasa syukur diatas kurniaan yang tidak terhingga ini.

View this post on Instagram

Alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan anak lelaki…. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!! terima kasih yg sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak sy… Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor hospital selayang…. Anda semua terbaikkk… Alhamdulillah alhamdulillah subhanALLAH masyaALLAH…. . #sayadahjadiayah #ABAMjunior

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Berdebarnya….

Pada petang tadi, pelawak tersebut ada memuat naik beberapa posting di Instagram apabila isterinya mulai menunjukkan tanda-tanda ingin bersalin. Dia turut meluahkan rasa debarnya ketika menanti kelahiran anak sulungnya itu di IG story.

View this post on Instagram

Penantian itu indah… . #fatherToBe

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Tahniah Abam! Comel telinga

Walau bagaimanapun, Abam masih tidak memperlihatkan wajah anak sulungnya itu dan hanya memberitahu jantina bayi sahaja. Dia juga sempat mengucapkan syukur kehadrat Illahi atas kelahiran buah hati dia dan pasangan.

Menerusi muat naik tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah atas pertambahan ahli keluarga baru Abam. Mereka turut mendoakan agar bayi dan isterinya dalam keadaan sihat.

Seronoknya dapat baby!Alhamdulillah
Tahniah Abam & isteri

Sumber : Abam Bocey

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here