Pendarahan dalam otak, pelajar Malaysia meninggal dunia di Mesir

Seorang pelajar Malaysia yang merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir iaitu Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri meninggal dunia petang semalam ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Penuntut berusia 24 tahun itu mula tular apabila salah seorang rakannya memuat naik posting derma kilat bagi meringankan beban kos rawatan.

(Admin)12 Jun 2019 | RabuDERMA KILAT UNTUK MOHAMMAD FAIZZUDIN PENUNTUT DI UNIVERSITI AL AZHARSeorang penuntut…

Posted by Muhammad Afiq Ikhwan Ikhwan on Wednesday, June 12, 2019

Dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata penuntut dari Terengganu itu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

Penuntut tahun tiga jurusan Syariah Islamiah itu kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan dalam otak.

Tambah Hanafiah, ibu bapa Mohammad Fahmi sepatutnya berlepas ke Mesir esok bagi menziarah anak mereka namun sudah sampai ajal Allahyarham untuk pergi menghadap Ilahi.

Selesai solat jenazah Ustaz Mohammad Fahmi di Masjid Tontowi tadi. Ramai yang menjadi saksi atas kebaikan beliau, ramai…

Posted by Muhammad Amiruddin on Thursday, June 13, 2019

Solat jenazah yang diadakan di Masjid Tontowi, Mesir dihadiri ramai kenalan Allahyarham yang datang bagi memberikan penghormatan buat kali terakhir.

Menurut salah seorang sahabat di sana, Mohammad Fahmi sememangnya dikenali dengan keperibadiannya dan berharap semoga arwah di tempatkan dikalangan golongan yang beriman.

Sumber : BH Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here