“Rakyat bela beruang ditahan, kerabat boleh pula tiada tindakan?”

Penyanyi rock wanita, Zarith Sofia menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu kerana ditahan oleh Jabatan Perhilitan akibat menyimpan anak beruang matahari di kediamannya.

Terbaru, anakanda Sultan Johor iaitu Tunku Idris menjadi bualan rakyat laman Twitter setelah gambarnya bersama haiwan itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Gambar tersebut kelihatan beliau sedang memeluk erat anak beruang matahari itu dengan kapsyen yang bertulis :

You’re save with me.“Boleh je bela beruang?

Kalo helang, boleh jer bela beruang yer?

Pipit jer yg kena tangkap kalo tertukar anjing dgn beruang? pic.twitter.com/Vl5j5Hnpbe

— SHRMZB (@MeowPhone) June 13, 2019

Sebelum ini, kecoh mengenai kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai salah satu pakaian tradisi diraja Johor iaitu baju Melayu teluk belanga.

“Kau jangan lupa helang dan pipit terbang tak sama tinggi. Kau baik tahu tempat masing-masing dan angan-angan itu rendahkan sikit daripada rumput,” katanya.

Posting itu telah menjadi persoalan kenapa “helang” tidak diberikan tindakan yang sama seperti “pipit” sebelum ini kerana telah menyimpan binatang liar.

Jangan double standard!

Perkara itu mengundang perhatian netizen yang memetik pihak Jabatan Perlihitan di laman Twitter supaya kegiatan ini dapat disiasat dengan lebih telus tanpa mengira darjat.

“Kerabat diraja dah ada mini zoo and vit sendiri…”

Namun dibidas semula oleh segelintir netizen memberitahu bahawa kerabat berkenaan mempunyai mini zoo dan veterinar peribadi yang akan merawat haiwan dengan sebaiknya.

Tak payah persoalkan sangat…Mesti la ada permit…
Perlukan penjelasan yang kukuh!

Namun walaupun mengetahui kerabat itu mempunyai mini zoo, netizen masih berharap agar Jabatan Perhilitan dapat memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Ini kerana dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan netizen dan tidak lagi digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak.

Kalau salah, katakan salah!Bila helang pegang undang2…

Undang-undang perlu dipatuhi dan tidak boleh diambil ringan dan tutup sebelah mata oleh pihak berkuasa.

Diharapkan agar kesedaran terhadap membela haiwan terancam dan eksotik ini dapat dilupuskan!

Sumber: Moewphone

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here