“Masa di Mekah, ada acik ni doakan saya dapat anak kembar 3…”

Baru-baru ini, telah tular sebuah perkongsian daripada seorang wanita yang kali pertama menyambut Aidilfitri bersama tiga anak kembarnya, selepas lima tahun belum dikurniakan cahaya mata.

Kisah tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan telah menjadi inspirasi kepada semua pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata.

Acik doakan awak dapat anak kembar 3…

Namun di sebalik itu, ibu kepada 3 anak ini telah berkongsikan kisah lima tahun lepas, sebelum dia dikurniakan cahaya mata.

Dia dan suami telah berpeluang menunaikan haji sekitar 2 tahun lepas, dan semasa di Mekah, dia telah berkenalan dengan seorang mak cik yang telah mendoakan dia dikurniakan anak kembar 3.

Pada permulaannya dia berasa perkara itu adalah biasa, namun selepas mendapat berita bahawa dia hamil anak kembar 3, baru dia menyedari doa mak cik tersebut.

Belum ada anak lagi, doakan ye…
Selepas 5 tahun menanti, syukur Allah kurniakan anak
Kunci, mohonlah doa orang sekeliling…Meleleh air mata baca, indahnya percaturan Allah…

Muat naik tersebut turut mendapat perhatian ramai, mereka terharu mendengar kisah daripada wanita ini dan mendoakan semoga mereka mampu memiliki cahaya mata suatu hari nanti.

Makbul doa mak cik tu..Menitis air mata, baca! AllahhuTak ada contac number mak cik tu, borak2 biasa je…Moga ada rezeki saya juga…

Sumber : Raihana Kadir

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here