Pesara polis meninggal dunia ketika tunggu subuh, kenalan kongsi detik2 akhir arwah

Hidup dan matinya seseorang sudah ditentukan oleh Allah, kita tidak akan pernah tahu bila dan bagaimana cara pengakhiran hidup kita, sama ada baik atau sebaliknya.

Semalam, media mendapat laporan mengenai pemergian seorang warga emas dan juga merupakan pesara polis, Abdullah Salleh, 69, telah dijemput Ilahi ketika arwah sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh, di Masjid Alkhariyyah Sri Gombak.

Antara yang selalu datang awal ke masjid…

Terkesan dengan pemergian arwah, Shamsul Ma’arif Ismail, kenalan arwah menerusi perkongsian di Facebook, sempat menceritakan semula antara perkara yang selalu dilakukan oleh arwah ketika hayatnya masih ada.

Shamsul berkata, arwah adalah antara orang paling awal datang ke masjid iaitu seawal jam 5 pagi, malah arwah jugalah yang sering menjaga jam gajah dengan menarik pemberat tali jam itu supaya jam boleh terus bergerak.

Pergi dalam wuduk…

Satu pemergian yang indah, tambah Shamsul lagi, arwah sempat mengambil wuduk dan menunggu solat subuh di masjid sebelum tiba-tiba rebah, ketika detik akhir pemergiannya, jemaah lain sempat memintanya mengucap.

“Rupanya subuh ini Allah ambil nyawanya sebaik beliau berwuduk suci dan begitu mudah sekali beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir…”

Sempat mengucap…

Difahamkan, mulut arwah terkumat-kamit sambil mengambil nafas panjang sebelum hanya terkaku dan disahkan telah meninggal dunia.

“Sahabat makmum kata sewaktu saat akhir dia minta haji mengucap dan dilihat mulutnya bergerak-gerak dan menarik nafas panjang sebelum terbaring kaku…”

Begitu mudah pemergiaannya, susunan Allah sangat indah buat arwah, semoga pemergian arwah ini membuatkan kita istiqamah untuk memperbanyakkan amal kebaikkan, agar pengakhiran kita dikurniakan khusnul khatimah.

Sumber : Shamsul Ma’arif Ismail & Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here