“Satu dalam seribu…” -Abg Tesco tolak troli jujur pulangkan balik beg berisi duit RM2 ribu

Tidak kira apa sahaja jenis pekerjaan yang seseorang itu lakukan, sikap kejujuran adalah sangat penting dalam diri seseorang individu.

Begitulah kisah yang berlaku kepada seorang wanita ini, apabila cluch suaminya yang berisi wang sebanyak RM2,000 tertinggal di troli sebuah pasaraya. Namun kerana kejujuran seorang pekerja troli, dia telah memulangkan kembali clutch tersebut dalam keadaan baik dan selamat.

Kisah yang diceritakan oleh Ain Fatin Lyana, telah berjaya mendapat perhatian ramai dan menerima 7 ribu tanda suka (likes) di Facebook.

Pucat muka bila sedar beg tertinggal kat troli!

Ada jugak manusia mcm ni zaman skrng 😭Semlam kak ain p la Tesco Stargate nk beli ikan ,sayoq2..elok smpai dlm pukui…

Posted by Ain Fatin Lyana on Saturday, June 15, 2019

Menurut Ain, dia tidak menyedari beg suaminya tertinggal di dalam troli pasaraya Tesco ketika keluar dari pasaraya tersebut. Dia yang baru sahaja mengeluarkan duit simpanan sebanyak RM2,000 berasa risau dan cemas apabila segera ke pasaraya Tesco Stargate.

Sampai2 Tesco, cari clutch bag husbnd tak jmpa. Rupa-rupanya tertingal dalam troli Tesco Stargate Chering bulu2 roma ni, pucat muka kalau toleh tak keluar darah oi! Sebab dalam beg tu bru keluarkan duit RM2,000

Dah sampai Tesco, tanya sorang abang troli ni…

Menyerit bawak kereta, masa otw tu baca doa mcm2. Dok fikir satgi, bangla kemas troli jmpa, mmpoih dh. Elok2 sampai sana jam 10.50pm, nampak depa dok kemas2 troli. Nmpk abang ni dok tolak troli..terus tanya kat dia, nmpk wallet saya tak? Dia kata, ada2 warna hitam ya..saya bru nk p hntaq kat customer service..

Semoga dimurahkan rezeki abang ni!

Kejujuran pekerja Tesco ini telah mendapat perhatian ramai, mereka memuji tindakan pekerja ini yang jujur dalam melaksanakan tanggungjawab dan ikhlas dalam bekerja.

Netizen juga turut berkongsikan kisah bertemu pekerja-pekerja yang jujur memulangkan kembali barang peribadi kepada mereka.

Pernah alami nasib yang sama!Moga Allah ganjari rezeki yang berkat kepada abang ni!
Ramai je orang yang jujur sekarang Eh, tak hulur ke?

Selepas kisah ini tular, ada netizen yang bertanyakan sama ada wanita ini memberi hadiah kepada lelaki tersebut.

Selepas menerima pertanyaan daripada netizen, wanita ini telah memuat naik status memperjelaskan situasi sebenar.

Sumber : Ain Fatin Lyana

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here