Bintang antarabangsa bangkitkan solidariti, mengutuk kekejaman berlaku di Sudan

Masih ramai lagi yang tidak menyedari bahawa Sudan semakin bergolak, dimana pertumpahan darah dan penindasan boleh dilihat dimana-mana sahaja.

Walaupun media antarabangsa kurang memberi perhatian terhadap isu yang berlaku Sudan, namun ramai selebriti Hollywood bangkit untuk bersama-sama menunjukkan solidariti terhadap isu tersebut.

Masyarakat dunia perlu tahu…

Antara selebriti yang mengambil berat mengenai isu di Sudan adalah bintang terkenal, Rihanna, menerusi perkongsian di Instagramnya telah memuat naik beberapa paparan skrin menceritakan keadaan sebenar yang sedang berlaku di Sudan.

Membunuh dan merogol…

“…menembak rumah orang ramai, memperkosa waniat dan membakar orang, mencampakkan ke dalam Sungai Nil…menghalang Muslim solat Aidilfitri…”

“Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dirogol 1o orang lelaki, namun dunia masih lagi senyap…”

#BlueforSudan

Solidariti bermula apabila berlaku pembunuhan kejam terhadap seorang pemuda Sudan bernama Mohammed Hashim Mattar, 26, yang dibunuh oleh bersana 100 orang perusuh lain dalam satu kejadian tunjuk perasaan menentang kebangkitan pro-demokrasi.

Solidariti untuk Sudan…

Kematian Mohammed memberi satu tamparan hebat buat membuatkan ahli keluarga dan rakan-rakannya menukar gambar profil mereka kepada warna biru iaitu warna kegemarannya.

Dapat diperhatikan, kini pengguna media sosial sudah mula menunjukkan tanda solidariti dengan menukar gambar profil mereka kepada warna biru dengan tangga pagar #blueforsudan, sebagai tanda sokongan.

Those who are taking part in spreading #BlueForSudan. The color blue came from a warm hearted, martyrs known as, Mohammed Hashim Mattar, my cousin who has passed away on the 3rd of June, as he was standing proud. Blue was his fav color, which now presents unity.🇸🇩

Mattar’s Blue pic.twitter.com/MdZ7f2sLwS

— OmerYousiff (@OmerYousifff) June 12, 2019

Bintang antarabang turut bersolidariti

Seorang lagi bintang antarabangsa, penyanyi terkenal Demi Lovato dan Neyo, juga telah menggunakan profil berwarna biru di Instagram, sebagai tanda solidariti mengutuk kekejaman yang berlaku di Sudan.

Sudan memerlukan sokongan ramai daripada terus jatuh, diharapkan dengan cara ini dapatlah membuka mata masyarakat dunia terutamanya media, mengenai kekejaman yang sedang berlaku di Sudan.

Sumber : Siakap Keli

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here