Dera monyet dengan kejam, tindakan lelaki ini buat ramai bengang!

Laman media sosial kecoh apabila beberapa pemuda kelihatan sedang mendera dua ekor monyet dan tanpa rasa bersalah, meret turut merekod tindakan kejam itu.

Kejadian itu tular setelah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitter sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bayangkan monyet tu manusia…

Bayangkan monyet tu manusia , manusia tu beruk 😢 pic.twitter.com/qwyrnRHI2f

— fallinlove (@fafalinfazlin) June 16, 2019

Rata-rata memohon pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan terhadap sekumpulan pemuda terbabit.

Video berdurasi 30 saat itu telah mendapat ribuan perkongsian dan lebih 172,000 tontonan warganet.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa geram selain berharap agar individu tak bertanggungjawab itu menerima hukuman setimpal.

Tak sampai hati nak tengok…Kita tak sedar depa pun boleh berdoa…Allah maha kuasa…

Macam kau pulak binatang takde akal…

Sumber : fafalinfazlin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here