Rindu arwah datuk, Khir Rahman ‘rabak’ baca coretan hiba anak lelakinya di Instagram

Pemergian Dato’ A. Rahman Hassan benar-benar memberi kesan dalam industri seni Tanah Air. Kembalinya beliau pada bulan Syawal yang mulia in semestinya amat dirasai oleh ramai pihak terutamanya oleh ahli keluarga tersayang.

“Takbah pernah tunjuk cerita kelakar dekat kitorang.”

Petang tadi, anak sulung Allahyarham iaitu pelakon lelaki terkenal, Khir Rahman telah memuat naik kembali posting yang dibuat oleh anak lelakinya, iaitu cucu kepada Allahyarham mengenai luahan selepas pemergian datuk tercinta.

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk Tokbah.”

Anak lelaki Khir Rahman, Haqiqat Hamzah, 9 tahun, telah meluahkan rasa rindunya kepada arwah datuk tersayang yang dipanggil Tokbah menerusi Instagram. Dia juga memohon agar orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah kepada Tokbahnya.

Terkesan dengan posting anak

Khir telah memuat naik kembali posting anaknya itu dan mengakui bahawa begitu tersentuh dengan penulisan kanak-kanak berusia 9 tahun. Dia yang masih dalam mood bersedih berasa hiba membaca coretan tersebut.

Jelasnya, dia tetap menerima ketentuan daripada Allah S.W.T dan redha dengan apa yang berlaku. Namun rasa sedih itu masih lagi hadir kerana kehilangan bapa tersayang.

Rindu yang tiada noktah

Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet turut berasa tersentuh dengan luahan daripada cucu lagenda pop yeh yeh itu. Kehilangan orang yang paling rapat dalam diri benar-benar memberi kesan dalam jiwa seseorang. Mereka turut mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dan terus cekal menerima ketentuan Illahi.

Sedihnya baca luahan si kecilBoleh rasa arwah orang yang hebatSemestinya cucu2 sayang Takbah merekaMenangislah bang, sampai betul2 legaHanya masa menjadi penawar…

Sumber : Khir Rahman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here