“Aku tak halalkan!” – Wanita berang cip emas kena ‘rembat’ dengan staf Pos Laju

Hari raya merupakan hari yang paling ditunggu oleh kanak-kanak. Hal ini kerana budaya memberi duit raya membuatkan mereka begitu tidak sabar untuk berhari raya kerumah para kenalan dan juga saudara-mara.

Tukar duit raya kepada emas

Sudah pasti golongan dewasa akan memberikan duit raya kepada mereka dan wang tersebut boleh disimpan untuk kegunaan akan datang. Biasanya, ibu bapa boleh membuka akaun bank untuk anak-anak menyimpan duit ataupun menukarkan wang tersebut dengan barang bernilai seperti emas.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Waany Rozaimi, dia telah menukarkan wang yang diperoleh daripada hasil kutipan duit raya anak-anaknya kepada ‘cip emas.’

‘Cip emas’ hilang

Namun begitu, menerusi perkongsian daripada wanita itu, ‘cip emas’ tersebut telah dicuri ketika proses penghantaran menggunakan khidmat PosLaju. Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan bahawa ‘cip emas’ tersebut sudah tiada dalam kad yang disertakan.

macam tu je dia kopak 😔😔 duit raya anak aku tu 😔aku besarkan anak aku sendiri tau. ni simpanan dia untuk masa depan. sesuka hati je curi. aku buat dua kerja cari duit lebih untuk anak, malam tido lewat, pagi masuk ofis. senang ko buat duit. aku tak halalkan (staf poslaju) pic.twitter.com/91I9EhT6XV

— syaa (@waanyrozaimi) June 17, 2019

Pelaburan untuk anak2

Waany telah meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan penghantaran itu kerana ‘cip emas’ tersebut merupakan pelaburan yang dibuat untuk anak-anaknya hasil daripada simpanannya dan duit raya-anak-anaknya sendiri.

PosLaju memang bermasalah?

Menerusi perkongsian daripada wanita itu, ramai yang telah meninggalkan komen pelbagai di ruangan Twitternya. Ada yang berkongsi pengalaman sama dan ada juga meminta Waany supaya bersabar atas dugaan yang diterima.

Pencuri RM100 pun jadi

Ramai dah terkenaPenat orang cari rezekiMungkin parcel penjual tu memang dah diperhatikan

Sumber : Waanyrozaimi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here