Ayah graduan UM, jadi punca pangkal nama 10 orang anak ada ‘Um’

Hubungan kekeluarga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Keluarga yang harmoni akan menghasilkan anak-anak yang berjaya dan kekal erat sehingga ke alam dewasa.

Gabungan nama ayah dan ibu-ibu

Jadi, lelaki telah menamakan anak-anak mereka dengan gabungan nama dirinya dan isteri-isterinya. [email protected] Ibrahim, 78, bersama dua isterinya, Siti Zaharah Daud, 68, dan Rokiah Ngah, 58 telah menggabungkan nama mereka setiap nama anak-anak mereka dimulakan dengan Mohd Umzarul dan bagi perempuan Umzarul.

Hal ini telah diakui oleh salah seorang anak lelaki kepada Umar, Mohd Umzarulfaiz, 41, menerusi Sinar Harian apabila memberitahu nama adik-beradiknya adalah bersempena nama orang tua mereka iaitu Um yang mewakili Umar, Za membawa maksud Zaharah dan Rul iaitu Rokiah.

UM pun jadi sebab nama ada Um

Tambah menarik, bapa mereka juga merupakan graduan seni dari Universiti Malaya (UM) dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi nama mereka sepuluh beradik.

– Mohd Umzarulfaiz

– Mohd Umzarulisham

– Umzanurain

– Mohd Umzarulazijo

– Mohd Umzarulamri

– Mohd Umzarulhaq

– Umzarul-An-Nur

– Umzarul Nadiah

– Mohd Umzarulfadlamminallah

– Umzarul Fatihah

Ayah merupakan graduan seni dari Universiti Malaya, mungkin itu satu daripada kelebihan beliau untuk cipta nama kami semua.” – Anak.

Bangga dengan nama diberi

Menurut keluarga ini, nama-nama yang unik tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana hanya mereka sahaja yang mempunyai nama seperti itu dan sedikit sebanyak melahirkan rasa bangga dengan nama pemberian ibu dan bapa.

“Anggap ini satu anugerah, sekurang-kurangnya dengan nama sebegitu kita rasa istimewa berbanding orang lain.” – Kata Umzarulfaiz

Adik-beradik semua ada Bin. Hahaha…

Menjengah keruangan komen Facebook sumber, rata-rata netizen turut tertarik dengan kisah mereka sekeluarga dan sempat berseloroh dengan hal tersebut. Ada juga yang tidak ketinggalan berkongsi kisah sama iaitu nama adik-beradik hampir serupa kerana gabungan nama ibu dan ayah.

Nama adik beradik pun sama

Sumber : Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here