“Azal dah dewasa, Azal cakap nak kahwin.” – Zarina carikan isteri untuk anak

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin, yang dikenali dengan bakat lakonan serta perniagaan pulut kuningnya itu ada memuat naik sebuah video di laman Instagram beliau.

Dikurniakan dua anak istimewa yang sinonim dipanggil Azal dan juga Azil, Zarina memberitahu bahawa anaknya Azal ingin berkahwin.

Azal dan Azil

Menurut Zarina, calon pilihan Azal adalah wanita yang pandai baca Al-Quran, tinggi lampai, kulit putih melepak dan berambut panjang.

View this post on Instagram

Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya.. #netflixmovies Azal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran 💕

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Semoga Azal jumpa jodoh yang baik…

Gelagat Zarina melayan kerenah anak bujangnya itu telah membuatkan ramai yang terhibur. Aksi spontan mereka berdua serta gelagat Azal yang malu-malu apabila ditegur ibunya. Namun ramai juga turut mendoakan agar Azal ditemukan jodoh yang baik suatu hari nanti.

Alamak, sis tak cukup kriteria lah…

Azal lebih pasif dan berdikari berbanding kembarnya Azil. Oleh itu, menurut Zarina dia tidak risau untuk melepaskan Azal seorang diri.

Betapa sayangnya Azal dengan kembarnya Azil…

Sumber: Zarina Zainuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here