Buat bantal guna kemeja atok untuk lepas rindu

Memang sukar untuk menerima kehilangan orang tersayang dalam keluarga. Setelah membesar bersama mereka sejak kecil, segala memori pastinya hanya tinggal kenangan.

Namun terdapat pelbagai cara bagi melepaskan rindu terhadap mereka yang telah pergi, antaranya seperti yang dilakukan oleh nenek terhadap seorang cucunya ini.

Menerusi laman Twitter, Jocelyn Hernandez berkongsi kisah apabila neneknya menghasilkan bantal daripada kemeja mendiang datuknya dan diberikan kepada setiap cucu agar kenangan tidak akan dilupakan.

Dah setahun atok pergi…

Mi abuelita escogió las camisas que más usaba mi abuelo, las hizo cojines y nos regaló uno a cada uno de sus nietos para tener un pequeño recuerdo de mi abuelo, hoy a un año de que ya no está con nosotros👼🏼💙 pic.twitter.com/C8XzjNtkZ3

— Jocelyn Hernandez (@Jocelynphg) July 6, 2019

Posting tersebut tular dengan mendapat lebih 50,000 tanda suka serta diulang kicau 319,465 kali serta komen pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut berkongsi gambar masing-masing.

“Ibu saya juga melakukan perkara sama”“Saya juga merindui dia”

“Best boleh peluk dia rindu sangat2 terhadap atok”
“Saya buat dengan baju ibu…”“Peluk setiap malam…”
“Kalau keluar rumah, mesti bawak!”

Memang menarik perkongsian masing-masing! Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu terhadap mereka yang sudah pergi.

Sumber : Jocelyn Hernandez

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here