“Dakwaan Hana tidak benar…” – PU Abu nafi tidak tinggal sebumbung dengan isteri baru

Tidak tahu apa sebenarnya masalah dua pasangan suami isteri ini, jika sebelum ini Hana Azraa membuat pengakuan di media bahawa rumah tangganya bersama PU Abu kini sedang goyah dan tidak tinggal sebumbung lagi.

Namun, maklum balas yang diterima daripada pihak PU Abu pula bercanggahan dengan kenyataan isteri barunya itu, pendakwah tersebut menafikan bahawa mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Saya ke KL sebab urusan kerja dan anak

PU Abu berkata kepada media, bahawa dia datang ke Kuala Lumpur selama dua tiga hari atas urusan kerja dan juga untuk menjenguk anaknya yang baru lahir.

Malah, dia juga mendakwa apa yang diperkatakan isterinya berkenaan proses penceraian adalah tidak benar sama sekali, dan mereka masih pasangan suami isteri.

Netizen pun naik pening dengan Abu…

Ini pula antara komen netizen, ada yang memberi nasihat kepada pasangan tersebut, namu ada juga yang cuba membuat pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga pendakwah sensasi ini.

Takkan la bini kau suka2 jer nak cakap tak sembumbungJalankan tanggungjawab sebagai suami sebaiknyaKahwin kena ada sefahaman, jangan suka2 nak jandakan anak orang

Sumber : MHETV

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here