Ingatkan budak lari hospital bahagia dok menari tengah jalan, rupanya Ayda Jebat

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan penyanyi comel lote, Ayda Jebat, sekali senyum sudah cukup membuatkan ramai yang terpikat. Lihat sajalah dimana-mana majlis pun, penampilannya sentiasa mencuri tumpuan.

Kalau selalunya kita sudah biasa melihat Ayda Jebat sentiasa kelihatan cantik, namun menerusi perkongsiannya di IG baru-baru ini membuatkan ramai yang terkejut dengan penampilan pelakon kecil molek itu.

Budak tingtong mana berjoget tengah jalan tu?

Video yang dikongsikan oleh Ayda, memaparkan dia dengan keadaan yang tidak terurus, memakai seluar track dan berbaju lusuh berwarna biru sedang menari di tengah jalan, mengundang pelbagai reaksi netizen.

View this post on Instagram

😂😛 . Duh! Waduh waduh! Don’t worry be happy like Cindai. 😂🤪 . #AydaJebat #Cindai #CindaiTV3 #SamarindaTV3 #JSPictures #CindaiTemberang #Temberang #BilaTuitionCancel

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Bawa watak pesakit mental…

Rupa-rupanya penampilan selekeh adalah salah satu tuntutan watak dalam lakonan untuk drama terbarunya, di penerbitan JS Pictures, berjudul Cindai.

Ingatkan budak lari hospital…!

Melihatkan gelagatnya yang bersahaja itu membuatkan ramai yang terhibur dan hampir tidak menyangka gadis comot yang menari itu adalah Ayda Jebat.

Ya Ampun kau dah kenapa joget gitu…Sempat lagi yer buat temberang tengah jalan Dak ting tong comel tapi comot…

Begitulah lumrah hidup menjadi pelakon, setiap watak yang diberi mestilah kena dituruti walaupun terpaksa menjadi selekeh dan comot, barulah para penonton dapat rasa ‘feel’ yang cuba dibawa dalam drama tersebut.

Sumber : Ayda Jebat

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here