Kucing peliharaan nak jadi makmum, ikut tuan sujud masa tunai solat maghrib

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat manja dengan manusia. Sifatnya yang jinak dan mudah untuk dijaga membolehkan ramai pemilik haiwan itu membawanya tinggal bersama-sama di dalam rumah.

Ada makmum comel ikut solat

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Twitter, seorang pengguna memuat naik kisah menarik mengenai kucing peliharaan ibunya. AstroSharafina memberitahu bahawa kucing peliharaannya itu telah mengikut pergerakkan ibunya ketika solat Maghrib.

Telatah lucu tersebut berjaya memperlihatkan seolah-olah ibunya mempunyai makmum yang sama-sama bersolat dengannya.

Dia pun nak sujud jugakKucing ni menghiburkan

Telatah lucu kucing itu telah menarik ramai warganet untuk meninggalkan komen di ruangan Twitter milik Sharafina. Rata-rata mereka berasa geram dengan kecomelan kucing peliharaannya yang kelihatan begitu manja dengan ibu gadis tersebut.

Ada juga sebahagian warganet yang turut berkongsi kisah yang sama dengan kejadian yang dimuat naik Sharafina. Ternyata kucing peliharaan setiap orang mempunyai keletah mereka yang tersendiri dan sangat menghiburkan.

Tak ikut imam!SOlat tak boleh tidur lahSiap ada sejadah sendiriAmboi dia punya tenung…

Sumber: AstroSharafina

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here