Laksana misi penuh risiko, Heliza Helmi ke Gaza hulur bantuan

Jika beberapa hari lepas, penyanyi dan aktivis kemanusiaan yang sagat rajin menyertai misi-misi bantuan ke negara bergolak, Heliza Helmi, telah mengumumkan akan berangkat ke Gaza.

Umum sedia tahu, negara perang itu berada dalam keadaan tegang kerana tidak putus-putus diserang rejim Zionis. Serangan dan kematian bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara itu.

Dihantar ahli keluarga ke airport

Namun begitu, Heliza beserta adik dan para sukarelawan langsung tidak gentar dalam menjayakan misi bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk Muslim disana.

Semalam, mereka telah bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pemergian Heliza dan para sukarelawan misi turut dihantar oleh ahli keluarga masing-masing.

View this post on Instagram

Gaza Berdarah , Dunia semakin Parah, Masa untuk Bangkit! _ KOMEN #WAKEUP4GAZA jika anda bersama dalam misi ini _ Ayuh sama sama salurkan sumbangan ke www.tabunggaza.com Tabung Pembinaan Masjid MAPIM Gaza : 562834636620 HOTLINE MAPIM : 1300-888-038 Facebook : MAPIM : Malaysian Consultative Council of Islamic Organization _ 📸 : @thehelmiswarrior @saniarabyalkahery @mapimofficial @hazwanihelmi

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Mohon maaf ibu & ayah

Heliza juga sempat memuat naik posting sebelum berlepas ke Gaza dengan memohon kemaafan kepada ibu dan ayahnya. Dia juga memanjatkan doa agar diberi kesempatan untuk bertemu keluarganya kelak.

View this post on Instagram

Semoga Allah menjaga Mama Abah sekeluarga dalam hifzillah . Ya Allah jagakanlah mereka untukku… _ Ada nafas , berjumpa lagi In sha Allah. Anakanda pergi dulu.. maafkan salah silapku

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Misi bantuan yang dikelola oleh Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini telah membawa sekali sumbangan yang diberi oleh rakyat Malaysia untuk diagih-agihkan kepada masyarakat Muslim di tanah bergolak itu.

Kedatangan sukarelawan ke sana adalah susulan daripada misi kemanusiaan yang sama dilakukan di Syria sebelum Ramadan tempoh hari.

Beruntungnya ibu dan ayah mereka

Menjengah ke ruangan komen Instagram penyanyi wanita yang mendapat jolokan srikandi Islam itu, ramai individu yang mengucapkan selamat pergi dan pulang kepada Heliza dan sukarelawan. Mereka turut berasa kagum dengan keberanian Heliza serta adiknya dalam melaksanakan misi tersebut.

Kami sentiasa mendoakan Kak Ja & teamHebatnya kamu wahai srikandi
Selamat pergi dan pulang Kak Ja

Sumber: Heliza Helmi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here