Pelamin tak sarat bunga, majlis kahwin anak MB Tganu cukup sederhana

Umum sedia maklum bahawa isu hantaran tinggi dan bajet kahwin yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan. Walaupun tidak semua orang sanggup berhabis untuk nampak mewah, namun hakikat itu masih lagi dilakukan oleh segelintir orang.

Hantaran 3 dulang je?

Namun begitu, masih ada yang mengikut Sunnah Islam dengan tidak bermewahan semasa melakukan perkahwinan ini. Menerusi satu perkongsian di Facebook milik seorang jurugambar profesional, Hishamuddin Abdullah, dia telah memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan anak kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Apa yang menarik perhatian adalah majlis pernikahan yang dilakukan secara sederhana. Menurut kapsyen posting tersebut juga memberitahu bahawa Dr. Samsuddin hanya makan di tangga selepas majlis pernikahan berlangsung.

Perkahwinan yang serba sederhana ini merupakan perkahwinan antara anak kedua YB Dr. Samsuri Ahmad iaitu Nabilah Ahmad Samsuri dengan pasangannya, Mohd Abdul Rahman al-Hafiz.

Majlis macam orang biasa2 je

Majlis yang dihadiri sahabat handai dan rakan taulan dilihat tidak terlampu gah walaupun kedudukan Dr. Ahmad Samsuri adalah sebagai meteri besar iaitu orng yang berkedudukan.

Hal ini kerana, sejak beberapa ketika ini isu perkahwinan kerap kali menjadi perbalahan di media sosial berpunca daripada video tular mengenai hantaran kahwin tersebar.

Sumber : Hishamuddin Abdullah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here