Penat cari duit sara anak, Rita Rudaini menangis dalam bilik air

Kehadiran aktres, Rita Rudaini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni. Lebih dua dekad menjadi pelakon, dia terus bekerja keras bagi menyara dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

View this post on Instagram

#rudainibeaute utk org spore bole dptkan di @riniebeautyshop ❤️

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Sudah lapan tahun saya membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. Saya bekerja keras siang dan malam demi memastikan dua anak dapat pendidikan yang terbaik dan hidup dengan lebih selesa.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala urusan membesarkan anak dan karier seni dipermudahkan Allah SWT,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

View this post on Instagram

Bye2 kampong…c u next raya 😂😂…tq auntie yg dok sebelah ryan..dia bg duit raya 😉

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Namun wanita berusia 43 tahun itu tidak gemar menunjukkan perasaan sedih kepada dua anak lelakinya apabila menghadapi masalah kerana mereka sudah menganggap ‘mummy’ adalah hero mereka.

“Saya menangis bukan kerana diri ini lemah sebaliknya perlu meluahkan kesedihan itu untuk meneruskan kehidupan.
“Selalunya, saya akan masuk bilik air pada waktu malam untuk menangis dan meluahkan kesedihan yang dipendam,” ujarnya.

View this post on Instagram

Tkasih ..baju sisturrr dr @shoesshoesshoe5 nurita harith …dan baju kurta anak2 dr @hollakidz 😘

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Tetapi ada kalanya, Rita turut bercerita dan meluahkan perasaan kepada anak-anaknya terutama sekiranya mereka membuat ‘perangai’.

“Apabila saya bercerita, anak faham dan mereka juga menangis sambil memeluk saya. Saya juga beritahu mereka tidak boleh…
“…buat saya berasa tertekan kerana jika sakit saya tidak boleh bekerja dan siapa mahu menjaga mereka?,” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

Nyawa mommy….❤️ @airitqaqa727 @airitryan727

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here