“Saya doakan kebahagian dia & Ain…” – Hana dedah bakal bercerai dengan PU Abu

Nama Pencetus Ummah Abu, mula menjadi sebutan ramai, sejak tular kisahnya menceraikan isteri yang sedang hamil demi mengahwini wanita bergelar ibu tunggal, Hana Azraa.

Terkini, media sekali dikejutkan dengan berita yang mengatakan perkahwinan kedua PU Abu bersama Hana Azraa sedang bergolak dan diambang penceraian. Perkara itu dimaklumkan oleh Hana sendiri menerusi portal berita mStar Online.

Kami dah bawa haluan masing2…

Menurut Hana, mereka suami isteri kini sudah tidak tinggal sebumbung dan membawa haluan masing-masing dimana dia kini menetap di Kedah manakala PU Abu di masih di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu dirinya dikaitkan lagi dengan pendakwah tersebut dimana-mana media selepas ini, memandangkan kini mereka dalam proses untuk menfailkan penceraian.

Saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain

Hana mengambil keputusan untuk menjelaskan situasi rumahtangganya secara terbuka, bertujuan untuk memaklumkan perkara sebenar yang berlaku, agar tiada lagi berlaku salah faham mengenai hubungan merek berdua.

Ibu tunggal tersebut mengharapkan hubungannya bersama PU Abu berakhir dengan baik, dan pada masa yang sama mendoakan agar pendakwah tersebut berbahagia bersama Ain Afini serta anak mereka.

Sementara itu, PU Abu yang tidak mahu mengulas lanjut isu tersebut, hanya menyatakan bahawa antara dirinya dan Hana, masih lagi sah sebagai suami isteri.

Sumber : mStar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here