Walaupun ilmu penuh di dada, ustaz Abdul Somad sambung belajar di luar negara

Ramai golongan ilmuwan dan pendakwah menggunakan media sosial sebagai platform bagi menyampaikan ilmu kepada orang ramai.

Ini termasuk penceramah popular Indonesia, ustaz Abdul Somad yang cukup dikenali kerana kepetahan hujahnya yang sangat padat dan mudah diterima oleh semua orang.

Terbaru, penceramah berusia 42 tahun itu telah berangkat ke Sudan minggu lalu untuk melanjutkan pembelajaran dan menetap di negara tersebut selama enam bulan.

Mohon Do'nya Jamaah Untuk Tuan Guru Kita ustadzabdulsomad, beliau Berangkat ke Sudan untuk melanjutkan pendidikan,semoga Allah mudahkan segala urusan, dan segera kembali ke tanah air dalam keadaan Selamat.

Posted by ‎Sahabat Ustadz Abdul Somad عبد الصمد‎ on Tuesday, July 2, 2019

Perkara itu diberitahu menerusi sebuah posting di laman Facebook yang mendoakan agar semua urusan beliau dipermudahkan dan kembali ke tanah air dengan selamat.

Ternyata perkara murni tersebut membuatkan ramai rakyat Indonesia berasa sebak dimana ruangan komen dipenuhi dengan ucapan selamat serta doa buatnya.

Semoga ilmu dapat beri manfaat…Semoga selalu dalam lindungan!

Sebelum meninggalkan Indonesia, beliau sempat meninggalkan pesanan kepada orang ramai menerusi laman Instagram salah seorang kenalannya, Dimas Seto.

View this post on Instagram

Nasehat guru kita @ustadzabdulsomad_official yang in syaa Allah akan melanjutkan pendidikannya selama 6 bulan di sudan, semoga diberikan kemudahan dan kesehatan. Cepat balik lagi ke 🇲🇨 ya stadz, supaya kita bisa mendengarkan kajian antum lagi

A post shared by DimasSeto (@dimasseto_1) on

Semoga dimudahkan urusan ustaz dalam menuntut ilmu dan pulang ke tanah air bagi menyambung dan menyebarkan dakwah kepada semua orang!

Sumber : Sahabat Ustadz Abdul Somad.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here