“Ada bau mamajee…” – Adam rupanya sudah simpan siap2 duit raya untuk Fatimah, Ali & Omar

Sudah hampir dua bulan chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia, manakala keluarga arwah terutama anak buah kesayangannya Fatimah sudah semakin kuat menerima kehilangannya.

Pada siapa yang mengikuti kisah kehidupan arwah Adam, pasti ramai mengetahui bahawa arwah serta kedua ibu bapanya akan terbang ke United Kingdom untuk melawat tiga orang anak kesayangannya iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali.

Pertemuan pertama setelah Adam pergi…

Baru-baru ini ibu bapa Adam telah berangkat ke UK , namun lainnya kali ini pemergian mereka tanpa Adam disisi cukup dirasai, malah menurut kakak arwah menerusi entri di IG, pertemuan itu tidak akan pernah sama seperti dulu lagi.

Dapat dilihat, dalam pada mereka masih cuba kelihatan gembira tetapi masih lagi dapat dirasai kesedihan yang cuba disembunyikan disebalik senyuman mereka.

View this post on Instagram

47 days ago, they lost their son…their youngest son, Adam. Their hearts were broken…shattered into pieces. While they’re trying hard to force a smile on their faces, their eyes fail to hide how they truly feel. But still, they chose to fly a thousand miles across the ocean just to bring back those big smiles on their grandchildren’s faces. May Allah bless Dadajee and Dadijee with a long and healthy life and reward them both for bringing back the sparkle in their grandchildren’s eyes while their own sparkle is missing… #finallyreunited ♥️ #butincomplete 💔

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

View this post on Instagram

You could sense there was sadness in the air. Unlike our previous reunions when Mamajee was still around. No words could describe our reunion this time. It’s not the same. And it will never be the same again… #finallyreunited ♥️ #butincomplete 💔

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Duit raya terakhir daripada mamajee…

Adam bagaikan satu tahu waktunya semakin singkat, dalam perkongsian lain pula memaparkan salah seorang daripada saudara Adam sedang menyampaikan duit raya daripada arwah buat Omar, Fatimah dan Ali.

Mungkin arwah sudah dapat mengagak bahawa dia tidak akan sempat berjumpa tiga anak buahnya itu, difahamkan ketika hayatnya masih ada, Adam terlebih dahulu sudah menyimpan duit raya khas buat tiga beradik itu.

View this post on Instagram

Duit Raya Terakhir…from Mamajee for the kids 💔 He was gravely ill. He knew that his time was near. But he couldn’t take his mind off his beloved nephews and nieces who for him were like his own children. He made all the arrangements in advance as he knew he was leaving. He told Dadijee to pass on his LAST ‘Duit Raya’ for the kids. And that is just how much Mamajee loved the kids… #MamajeeAndTheKids ♥️ p/s: Full video on YouTube The Family UK (link in bio)

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Mungkin ramai yang akan mengatakan, arwah sudah tiada dan keluarga mahu atau tidak perlu menerima pemergiannya. Tetapi senang untuk kita berkata, perasaan rindu dan kehilangan bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan.

Adam telah tiada di alam ini, namun dia tetap akan sentiasa ‘hidup’ di dalam hati ahli keluarganya, semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan.

Al-Fatihah

Sumber : The Family UK

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here