Baju sekolah kotor dah ditegur banyak kali, guru ini tekad bawa balik baju pelajar & basuh sendiri

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai satu perkongsian yang dibuat oleh seorang guru pendidikan jasmani dikenali sebagai Farrah Norashikin, yang sanggup membawa pulang seragam sekolah anak muridnya untuk dibasuh.

Tindakan tekad guru tersebut adalah disebabkan dia tidak dapat menahan mata, melihat seragam sekolah murid tersebut yang terlalu kotor dan berbau tidak menyenangkan.

Namun, apa yang dilakukan bukanlah berniat untuk menyingung mana-mana pihak termasuk penjaga murid berkenaan, sebaliknya dia mempunyai alasan tersendiri.

Pelawa diri untuk cuci baju murid, ramai yang tidak menyokong

Dah ditegur banyak kali, masih lagi pakai baju yang kotor
Nekad bawa balik baju untuk dibasuh, tiada niat nak kecilkan hati siapa2
Aku rendam, tonyoh dan gosok baju tu…

Meskipun, guru itu sedar apa yang dilakukan mungkin akan mendatangkan pelbagai reaksi, kerana itu, ramai yang telah melarangnya untuk berbuat demikian.

Posted by Farrah Norashikin Juhari on Monday, July 8, 2019

Akan tetapi, apa yang dilakukan adalah atas dasar tanggungjawab, dan dia berharap agar tiada yang mempersoalkan atau menghina mana-mana pihak terutama ahli keluarga murid tersebut.

Besarnya maknanya jasa cikgu buat anak murid tu

Melihatkan kesungguhan guru itu, ramai yang memandang hormat akan sikap murninya yang sanggup bersusah payah demi keselesaan anak didiknya.

Jasamu tak terbalas…Tak semua faham apa niat kita, yang penting Allah tahu

Sumber : Farrah Norashikin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here