Fizo Omar sah ceraikan Mawar Karim talak satu

Isu pergolakan rumah tangga antara pelakon lelaki popular, Fizo Omar dan usahawan cantik Mawar Karim dilihat menemui jalan akhir apabila Fizo dan Mawar telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi kes lafaz cerai.

Lafaz cerai talak satu

Menerusi Mstar, Fizo telah sah menceraikan isterinya dengan talak satu dihadapan hakim yang betugas sebentar tadi. Suasana tenang menyelubungi sekitar mahkamah yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Rumah tangga bergolak sejak raya

Sebelum ini, krisis rumahtangga mereka mulai dihidu media apabila dilihat tidak berhari raya bersama apabila Fizo pulang sendiri ke Kelantan manakala Mawar serta anak mereka pulang ke Pulau Pinang tanpa kehadiran pelakon tersebut.

Cuba selesaikan sebaiknya

Desas-desus pergolakan itu akhirnya didedahkan sendiri oleh Fizo menerusi Instagram miliknya dan disusuli oleh Mawar Karim.

Ketika itu, mereka hanya mengakui rumah tangga yang dibina hampir enam tahun sedang diiuji dan meminta agar semua pihak memberi mereka ruang untuk menyelesaikannya tanpa campur tangan orang luar.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Mariam pada 2017 selepas hampir empat tahun menanti cahaya mata.

Terdahulu, semasa ingin menyunting Mawar menjadi isteri, pelakon kelahiran Kelantan ini telah menyewa satu pawagam dan melakukan kejutan dengan melamar isterinya sambil disaksikan orang terdekat.

Sumber : Mstar online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here