Gadis minta RM15K belum dapat ‘degree’, kecewa bapa dah meninggal dicop ‘gila duit’

Seorang gadis dikecam gara-gara menyatakan dirinya layak menerima hantaran sebanyak RM15,000 kerana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda.

Menyedari kenyataannya menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, dia telah tampil memohon maaf namun masih lagi dihentam kerana sekali lagi menimbulkan kenyataan yang tidak sewajarnya.

Belum tamat ‘degree’

Gadis yang dikenali sebagai Qaisara itu memberitahu, dia baru sahaja menamatkan latihan industri untuk tahun akhir Sarjana Muda dan dijangka akan bergraduasi pada tahun hadapan.

Hanya pandangan peribadinya!

Qaisara menjelaskan bahawa kenyataan RM15,000 itu merupakan pandangan peribadi kerana masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tersebut.

Jangan libatkan hal keluarga.

Menurut gadis itu, dia tidak kisah sekiranya dikecam tetapi kecewa apabila perkara itu dikaitan dengan ahli keluarganya.

Lebih menyakitkan hati apabila ada segelintir mendakwa orang tuanya ‘tergilakan’ duit namun hakikatnya bapa Qaisara sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Walaupun isu ini masih lagi hangat diperkatakan, namun harap semua pihak berfikir serta bertindak dengan sewajarnya sebelum menyuarakan sesuatu perkara.

Sumber : mStar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here