Kejam! Penyu baru menetas terseksa ditunggang bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki

Tidak tahu bagaimana mahu digambarkan dengan sikap segelintir manusia yang tiada langsung rasa belas ihsan terhadap haiwan, malah disebabkan itulah banyak antaranya kini mengalami kepupusan.

Kita serba maklum hidupan laut seperti penyu kini kuantitinya sudah semakin berkurangan, tetapi lihatlah video dan gambar yang tular baru-baru ini memaparkan haiwan tersebut diperlakukan dengan kejam.

Duduk ramai2 atas penyu…

Dapat diperhatikan di dalam video tersebut, sekumpulan lelaki telah duduk beramai di atas belakang penyu yang dipercayai baru sahaja menetaskan telur-telurnya.

Tanpa belas ihsan, mereka bertindak menunggang penyu tersebut secara bergilir sementara penyu tersebut sedang bergerak menuju ke laut.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Indonesia itu memaparkan beberapa foto dua orang lelaki menunggang penyu sementara seorang lagi meletakkan kakinya dikepala penyu malang itu.

Mereka dengan riang bergambar di atas penyu itu, jadi tidak hairanlah jika dikatakan tangan manusia sendirilah yang menyebabkan begitu kerosakan dan kepupusan berlaku dia muka bumi ini.

Sumber : Daily Mail

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here