“Lari terkedek2!” – Keletah comel kanak2 ini nak beli aiskrim cuit hati netizen

Aiskrim merupakan manisan yang sangat digemari oleh setiap lapis masyarakat. Sewaktu kecil, sudah pasti kita semua mempunyai pengalaman manis mengejar penjual aiskrim untuk membeli manisan tersebut. Menikmati manisan sejuk pada waktu panas sememangnya sesuatu yang menyeronokkan.

Nak makan aiskrim punya pasal!

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Dylawok, dia telah memuat naik video anaknya mengejar penjual aiskrim di hadapan rumah mereka. Telatah comel kanak-kanak itu telah menarik perhatian ramai netizen.

Memang lama dah nak kejar penjual tu

Ehh mana aiskrim tu?
Ibarat mengejar crush!

Telatah comel anak pengguna Twitter itu telah tular dan mendapat ribuan RT di Twitter. Rata-rata netizen berasa terhibur melihat tindakan comel kanak-kanak tersebut yang mengejar penjual aiskrim di hadapan rumahnya.

Comel je lari terkedek-kedekLain macam dia gembira dapat aiskrimAbang pun pernah viral rupanya…

Baru-baru ini, abang kepada kanak-kanak comel itu yang bernama Faleeq juga pernah tular kerana ibu mereka membelikan cermin mata untuk orang memotong rumput disebabkan ia menyerupai cermin mata watak kartun dalam siri Ejen Ali.

Seminggu anak aku merengek nak spek EJEN ALI ni. Jenuh jugak aku cari. Last – last aku belikan spek orang pakai buat kerja welding. Harap dah besar dia tak tahulah itu sebenarnya spek apa. 😎 pic.twitter.com/hvGlsgtaiT

— dylawok (@dylawok) June 28, 2019

Sumber : Dylawok

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here