Mat salih simpan abu rokok dalam botol plastik, orang kita pula buang merata?

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi menuju ke tahun 2020, namun kebersihan di negara ini tetap berada di tahap tidak memuaskan.

Bagi si perokok pula, puntung rokok masih dibuang merata-rata apatah lagi bekas untuk membuang abu tidak lagi disediakan di restoran atau kedai makan.

Itu baru di kedai makan, belum lagi kawasan lain seperti di tempat awam, ketika memandu di jalan raya, berkelah dalam hutan dan macam-macam lagi!

Namun berbeza bagi seorang pelancong asing ini apabila dia menyediakan sebotol plastik air mineral bagi membuang puntung rokok sebelum dibuang di tempat yang sepatutnya.

Saw this earlier. Tourist from Australia kept his cigarettes buds in a plastic bottle while Malaysian buang sana sini mcm buang taik hidung #respect pic.twitter.com/EyBRto6QVm

— HUSTLE-RIQ (@nazreenhazriq) July 5, 2019

Dua keping gambar pelancong ‘mat salih’ tersebut dirakam oleh seorang pengguna laman Twitter, Nazreen Hazriq sebelum dimuat naik ke dalam media sosial yang mengundang perhatian ramai netizen.

“Ternampak benda ni. Pelancong dari Australia menyimpan puntung rokok dia dalam botol plastik manakala rakyat Malaysia buang sana sini macam buang tahi hidung,” tulisnya.

Rata-rata mengakui mentaliti pelancong Australia lebih berdisiplin dalam menjaga kebersihan dan botol plastik itu merupakan idea menarik untuk dipraktikkan di negara ini.

Idea menarik!

Diorang berdisiplin!
Memang terbaik!Larangan merokok kat kedai pun dah bising! Lagi la nak buat macam ni?
Mentaliti kelas pertama!

Sumber : Nazreen Hazriq

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here