Sambut ‘birthday’ di parlimen, ini antara ucapan selebriti buat Tun M

Hari ini merupakan hari ulang tahun Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke 94. Tun Dr. Mahathir pernah menjadi PM yang ke-5 sebelum kembali menyandang jawatan tertinggi negara pada Pilihan Raya yang lepas dengan parti politik yang berbeza.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 10 Julai 1925. Bersempena dengan hari lahir perdana menteri kita, ramai dalam kalangan selebriti tampil mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada beliau.

Ucapan buat perdana menteri

Antara selebriti yang sempat memuat naik ucapan adalah penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Beliau memuat naik ucapan tersebut di Instagram miliknya. Selain itu, penyanyi rock wanita, Ella Aminudin telah membuat posting nyanyian lagu Standing In The Eyes of The World beserta kasyen ucapan untuk PM.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, pada kesempatan ini, saya, suami dan keluarga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (10 Julai) dan YABhg Tun Dr. Siti Hasmah (12 Julai). . Semoga Allah sentiasa melindungi Tun berdua, dikurniakan kesihatan dan keberkatan usia. . Selamat Hari Lahir Tun berdua ❤️❤️. @chedetofficial . Untuk video penuh, boleh tonton di youtube Siti Official Video.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

View this post on Instagram

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayahanda Tun @chedetofficial dan ibunda Tun Siti Hasmah . Semoga terus sihat dan bijaksana dalam memimpin kami rakyat Malaysia. . Wajar Standing in the Eyes of the World ; ikhlas , Ella & Azhar . @kashikaselvam @yoyocheow @umairah_sairahtarudin @elfarabifaeez @wah.idris @peah_rafie

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

Artis imbas momen bersama Tun M

Beberapa selebriti juga tdilihat memuat naik ucapan mereka di laman sosial sebagai tanda mengingati negarawan tersebut. Caprice dan juga Sherry Ibrahim turut tidak ketinggalan memberi ucapan kepada Tun M.

View this post on Instagram

HAPPY BIRTHDAY To The world’s oldest Prime Minister @chedetofficial Tun Is today turning 94 years old. May Allah swt bless you Tun♥️ Love You So Much. #mygreatmoment #TunM94

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

View this post on Instagram

Happy 94th @chedetofficial 🎉

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Sambut hari jadi dekat parlimen

Namun begitu, menerusi IG story YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau secara berseloroh memberitahu bahawa Tun M menyambut hari lahirnya dengan bersidang di parlimen. Perkara tersebut dimuat naik olehnya pada awal pagi tadi semasa berada di dalam Palimen Negara.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah kembali menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas parti Pakatan Harapan memenangi majoriti pada PRU14.

Sebelum ini, Tun M pernah memegang jawatan sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat dalam politik iaitu selama 22 tahun sebelum meletak jawatan pada 2003.

Sumber: Instagram

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here