“Status suami isteri dah berakhir, sekarang Co-Parent untuk anak kami.” – Fizo Omar

Pagi tadi, pelakon kacak, Fizo Omar telah sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Mawar Karim di Mahkamah Syariah Hulu Langat, Selangor. Perkahwinan yang bertahan hanya enam tahun ini akhirnya terlerai selepas masing-masing sudah mencuba untuk mempertahankannya.

Sepanjang enam tahun berumah tangga, mereka telah dikurniakan seorang puteri iaitu Wan Mariam binti Wan Hafizol yang baru berusia 2 tahun. Penceraian yang berlaku dimaklumkan kerana sudah tidak ada persefahaman lagi diantara mereka.

Punca dari kekurangan & kelemahan kami berdua

Sebentar tadi, Fizo telah memuat naik penjelasan yang lebih terperinci mengenai penceraian mereka. Menurutnya, mereka berdua akan tetap baik bagi kepentingan anak mereka.

View this post on Instagram

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. . Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. . Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya. . Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat. . Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. . Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.”

Semoga yang baik-baik di masa hadapan

Menerusi muat naik tersebut, rata-rata netizen telah mulai menurunkan komen di ruangan Instagram Fizo. Mereka menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar pelakon itu terus tabah mengharungi ujian ini.

Berita penceraian artis yang paling sedihAllah sebaik-baik perancangan
Tabah dan sabar adalah jalan terbaikAnggap ini sebagai ujian

Sumber : Fizo Omar

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here