“Upah peguam berprofil tinggi, tapi nak ganti laptop seketul tak mampu…?” – Netizen

Sejak akhir-akhir ini media mula memberi tumpuan terhadap kes kematian Allahyarham Zulfarhan, yang membabitkan 19 pelajar UPNM sebagai tertuduh, justeru ramai yang menantikan keputusan mahkamah pada 31 Julai ini.

Tidak hanya menunggu, nampaknya ramai yang sudah mula menyuarakan pandangan mereka masing-masing mengenai kes tersebut, termasuk daripada seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Munism.

Bayar lawyer berprofil tinggi, beli laptop baru tak mampu?

Tweet yang dibuat oleh pengguna tersebut telah mendapat perhatian ramai, kerana menyuarakan persoalan bagaimana kesemua tertuduh mampu membayar peguam yang berprofil tinggi.

Jika nak dibandingkan, harga mereka mengupah peguam tersebut berlipat kali ganda mahalnya dengan harga komputer riba yang dikatakan telah dicuri oleh Zulfarhan.

Bukan calang2 peguam, pernah handle kes Anwar Ibrahim
Guna iron panas kot, jangan kata ‘terbunuh tanpa niat’ Hanya pandangan peribadi…

Menurut pengguna tersebut, apa yang ditulis hanyalah sekadar pandangan peribadinya sendiri yang tertanya-tanya sejauh manakah keadilan terhadap kes Allahyarham Zulfarhan.

Kami pun terfikir benda yang sama…

Tweet tersebut yang sudah mencecah 20 ribu Retweet, mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempersoalkan perkara yang sama.

Supaya yang bersalah tidak terlepas dari hukuman

Walau bagaimanpun, kesemuanya berharap kes ini dapat diselesaikan seadilnya dan yang tertuduh perlu berdepan dengan hukuman setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Sumber : Munism

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here