3 tahun dibiar panjang, lelaki tunai janji potong rambut semasa nikah

Jodoh setiap orang adalah rahsia Allah S.W.T. Siapa yang dapat menjangka jika kita akan menamatkan zaman bujang di usia muda. Namun begitu, apa yang paling penting adalah bersedia dengan sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab baru tanpa sebarang keluhan.

Selalunya, percintaan di usia yang sudah pun dewasa kerap kali diharap akan terus ke jinjang pelamin. Jadi, setiap pasangan hendaklah berusaha bagi mengecapi impian tersebut. Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang pemuda telah berkongsi kisah perjalanan hidupnya menuju ke gerbang perkahwinan.

Tak potong rambut 3 tahun sebab nak potong masa nikah

Dikenali sebagai Amirul Apeez di Instagram, dia telah berkongsi bagaimana dia dan pasangan berjimat cermat bagi mengumpul wang untuk majlis perkahwinan mereka.

Dia juga ada mengatakan bahawa bernazar untuk tidak memotong rambut sehingga bernikah jika bertemu cinta pada usia 20an. Jadi, ‘nazarnya’ telah dilaksanakan apabila memotong rambut yang panjang itu seminggu sebelum bernikah.

Kumpul duit sama-sama

Selain itu, Amirul juga sempat menyelitkan tips bagaimana dia mengumpul duit bersama pasangannya bagi melaksanakan majlis perkahwinan mereka. Menurut pemuda tersebut, dia dan pasangan akan memasukkan RM500 seorang setiap bulan dalam satu akaun bank.

Tambahnya, dalam mengejar dunia, solat juga jangan ditinggalkan agar diberi kemudahan kelak. Dia juga bernasib baik kerana dikurniakan keluarga dan keluarga mertua yang sangat membantu serta tidak kisah bab hantaran.

Isteri bangga dengan usaha suami

Posting Amirul itu juga telah dimuat naik oleh isterinya ke laman Twitter dan mendapat ribuan RT. Menggunakan nama Amber, wanita itu mengakui bertuah diberikan seorang suami yang gigih berusaha seperti Amirul.

Bila lafaznya akad, everything is change✨ gembira, sedih, bangga semua rasa. he is the one! he made it! proud of you apeez! 💕 what we want, we dream of alhamdulillah! ianya menjadi in perfect 💍💕 pic.twitter.com/Rbauregy21

— amber (@ambrtrax) July 9, 2019

Kalau kita berusaha, Allah mudahkan

Perkongsian pemuda tersebut telah menarik perhatian ramai netizen untuk meninggalkan maklum balas. Rata-rata bersetuju dengan tips yang diberikan dan kagum dengan nazar yang dibuat oleh Amirul kerana terlihat begitu bersungguh dalam menghalalkan hubungan.

Terima kasih jadi inspirasi bro!Hebat anak mudaSangat memberi motivasi

Sumber: amirul.apeez

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here