Beli ‘chicken sandwich’ tapi isinya sehelai salad & sehiris timun, wanita ini naik angin di Twitter

Pasti ada antara kita yang pernah mengalami pengalaman membeli makanan, tetapi apa yang digambarkan tidak seperti apa yang kita terima.

Begitulah juga dengan nasib seorang pengguna twitter ini dengan nama akaun, @catsoncouch, telah membuat Tweet meluahkan rasa kecewanya apabila membeli sandwich ayam, namun apa didapatinya tidak seperti yang diharapkan.

RM2.50 dalam hanya ada sehelai daun salah & sehiris timun

Sudah perut memang lapar daripada pagi, menambahkan rasa kecewa apabila sandwich ayam yang diharapkan hanyalah berintikan sehelai sayur salad dan sehiris timun.

Sandwich ‘ayam’ tersebut berharga RM2.50, tetapi apa yang diterimanya tidak sepadan dengan harga kerana tidak ada ayam pun di dalam sandwich itu.

Lepas ni buat sendiri lagi kenyang…

Selepas ini, ada baiknya menyediakan sendiri bekalan makanan lebih memuaskan dan mengikut selera kita, kalau beli pun belum tentu kena dengan citarasa, ditambah pula dengan harga yang semakin mahal.

Peniaga minta maaf sebab terlepas pandang

Bagai merasa tertipu, pengguna Twitter tersebut telah membuat sendiri aduan kepada peniaga berkenaan mengenai ketidakpuasan hatinya.

Mujur, peniaga memberi maklum balas dengan mengakui kesalahan mereka serta memohon maaf dan berjanji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Agaknya chickennya dah diserap dalam liang pori roti

Reaksi netizen rata-ratanya tidak berpuas jika terdapat peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan, namun ada juga yang sempat berjenaka mengenai chicken sandwich itu.

Hanya orang yang beriman jer boleh nampak ayam diaSelalu jer dapat sandwich isi angin

Sumber : catsoncouch

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here