“Bergurau tak bertempat…” – Komen guna bahasa kasar di video anak Hairul, Janna ditegur netizen

Baru-baru ini, Hairul Azreen telah memuat naik video gelagat comel Alisa di Instagram, dia kini sudah pandai membuat mimik muka apabila namanya dipanggil.

Video tersebut telah berjaya mencuri tumpuan ramai, dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 246,000 walaupun baru dua jam dimuat naik.

Pandai buat muka bila panggil nama dia

Gelagatnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada juga daripada kalangan rakan artis sempat meninggalkan komen memuji kecomelan anak keduanya itu.

View this post on Instagram

@thealisaaisyah 😊

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Comelnya…aku pijak kang

Namun, salah satu komen daripada rakan artis iaitu Janna Nick telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen, yang merasakan komen diberikan berbunyi agak kasar.

Jaga sikit bahasa awak tu dik…
Nak bergurau pun biarlah bijak sikit…Percakapan tu melambangkan keperibadian seseorang
Ok one more time…

Selepas ditegur, Janna bertindak memadam komen tersebut dan menukarkan kepada bahasa yang lebih elok.

Memanglah Janna tiada niatnya untuk memijak bayi Hairul, tetapi tidak semua orang boleh menerima gurauan kasar, tetapi disini sikap Janna juga perlu dipuji kerana tidak mudah melatah dan menerima teguran dengan positif.

Sumber : Janna Nick

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here