“Bila ibu sedar nanti, boleh Farah minum susu ibu….” – Suami yakin isteri mampu pulih dari koma

Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menolak, sebelum ini media pernah melaporkan kisah mengenai bayi perempuan yang dilahirkan oleh ibu yang sedang dalam koma tular di media sosial.

Sehingga kini, ibu tersebut, Kamareeah Arwae, 36, masih lagi terlantar koma manakala bayinya yang berusia 53 hari itu belum dapat merasai susu ibu dan bergantung sepenuhnya kepada susu formula.

“Saya mengharapkan keajaiban…” – Suami

Menurut suaminya, Fairol Haziri, 44, tiada apa yang lagi dimahukannya selain melihat isteri kembali pulih dan dapat menyusukan bayi mereka yang diberi nama, Farah Hanis.

Tidak seperti bayi lain, hati bapa ini seringkali dirundung pilu mengenangkan nasib anak bongsunya tidak dapat merasai belaian seorang ibu sejak dilahirkan.

Doktor beri jaminan boleh sembuh…

Kamareeah Arwae yang koma setelah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala, sehingga tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang sehingga kini hanya mampu terlantar di atas katil.

Fairol berkata, doktor telah memberi jaminan bahawa isterinya akan sembuh tetapi tempohnya tidak boleh dijangka dan namun dia tetap setia dan sabar menunggu detik itu.

Saya tak sanggup berpisah dengan anak

Ujarnya lagi, segala keperluan Kamareeah diuruskan olehnya manakala, anak-anak akan dijaga oleh saudara yang tinggal berdekatan dengan rumah.

Sebelum ini, pernah ada yang menanyakan mahu mengambil Farah Hanis sebagai anak angkat, namun dia tidak bersetuju kerana tidak sanggup mahu berpisah dengan anak bongsunya itu.

“Biar sesukar mana, saya tidak akan berpisah dengan anak…”

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga ini terus kuat dan tabah menjalani dugaan Allah kerana akan ada hikmah disebalik setiap ujian yang datang.

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here