Dalam perjalanan ke set pengambaran Mok Cun, anak Eizlan Yusof terlibat kemalangan

Hari ini media dikejutkan dengan satu beri kemalangan, menerusi muat naik di Instagram pengarah dan penerbit, Erma Fatimah, memaparkan gambar dua buah kereta remuk.

Erma Fatimah tidak terlibat dalam kemalangan tersebut, tetapi mangsa yang terlibat adalah anak lelaki kepada Datuk Eizlan Yusof bernama Zareef.

Dalam perjalanan pergi set Mok Cun

Difahamkan, Zareef bersama ibu saudaranya yang memandu kereta tersebut, sebenarnya dalam perjalanan ke set drama bersiri Mok Cun musim ke lima.

View this post on Instagram

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah menyelamatkan semuanya. Amin. #makcun5

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Kereta remuk teruk…

Namun, dimaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat daripada kemalangan tersebut, walaupun keadaan kereta kelihatan agak teruk.

Zareef kini telah pun dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan, Erma memaklumkan bahawa Zareef tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, syukur tiada kemalangan jiwa yang terlibat, semoga adik Zareef dan ibu saudara segera segera sembuh, diharapkan selepas ini tidak akan berlaku lagi kejadian yang tidak diingini seperti ini.

Sumber : Erma Fatima

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here