“Dia sampai menggigil kena gesel…” – Lelaki ini dedah rakan ‘trauma’ dipikat Mak Nyah India

Kalau ada yang perasan sejak daripada semalam, tular video beberapa pemuda Malaysia berada di dalam sebuah teksi di India sedang dipikat oleh ‘gadis’ tempatan disana.

Selalunya kalau kena pikat dengan gadis sudah pastilah si lelaki akan berbunga-bunga, tetapi lain pula dengan pemuda Malaysia tersebut apabila nampak ketakutan, kerana yang memikat mereka bukanlah gadis tulen tetapi maknyah!

Menggigil lepas kena mengorat dengan maknyah

Rupa-rupanya video yang tular itu adalah milik seorang pemuda bernama Fakhrul Aizat, yang mengongsikan video tersebut di Twitter miliknya.

Menurut Fakhrul, dia tidak menyangka pula ketika teksi berhenti di lampu isyarat, kebetulan ada beberapa maknyah disitu datang menghampiri mereka.

pagi2 member dah menggigil kene gesel dengan pretty zientaq! pic.twitter.com/GPX1DOdptB

— fakhrul aizat (@fakhrulaizat) July 10, 2019

Meremang bulu roma sampai kena tenangkan, bawa jalan2 ke sungai

Tambah melucukan, Fakhrul berkata rakannya sehingga meremang bulu roma selepas diusik manja oleh sekumpulan maknyah yang tertarik dengan wajah rakannya yang manis itu.

Mereka yang ketika itu sedang bercuti di New Delhi, India memutuskan untuk membawa rakannya itu berjalan ke sungai melihat matahari terbit supaya dapat mengembalikan semula mood rakannya itu.

Kami pun pernah jumpa preity zintaa wannabee ni

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 20 ribu Retweet, malah ada pula dalam kalangan netizen sempat berkongsi pengalaman yang sama diusik oleh golongan maknyah luar negara.

kitorang pun jumpa pretty zienta wannabe haritu 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/WgbJyOUTxx

— a (@a_aidarubyjane) July 10, 2019

Menggelupur member macam kena minyak panas

Rata-rata netizen geli hati melihat reaksi rakannya itu yang jelas kelihatan ketakutan di wajahnya apabila digoda oleh maknyah tersebut, kerana ada yang mengatakan di India perkara seperti itu adalah biasa kerana mereka hanya mahukan wang.

Lelaki pun kena ada spray lada…

Geli geleman teman nengoknyer…

Sumber : Fakhrul Aizat

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here