Kanak2 suapkan makanan untuk rakan OKU buat ramai tersentuh hati

Sebuah video memaparkan dua kanak-kanak lelaki iaitu Yuan dan Karl berkongsi makanan dengan seorang rakan sekelasnya tular di media sosial sejak dua minggu lalu.

Ketiga-tiga mereka merupakan murid kepada Christine Lopez, seorang guru kelas Pendidikan Khas (SPED) di sebuah sekolah rendah di Mabalacat City, Pampanga, Filipina.

Rakaman video berdurasi 45 saat itu dikongsi guru tersebut di laman Facebook miliknya, sekaligus mengundang perhatian ramai sehingga mendapat liputan media tempatan.

God bless these kids. 🙏💖

Posted by Tin-tin Lopez on Monday, June 24, 2019

Menurut Lopez, dia berpesan kepada dua kanak-kanak tersebut untuk menjaga rakan mereka, Hans terutama ketika mahu makan dan menulis kerana mempunyai masalah palsi serebrum.

“Mereka berbuat demikian tanpa disuruh, itulah sebabnya saya berasa sangat gembira,” katanya.

Rata-rata netizen tersentuh hati setelah menonton video itu dan memuji sikap mulia dua kanak-kanak berkenaan. Sehingga kini, video tersebut sudah mencatat 1,683,460 tontonan.

Sumber : Christine Lopez

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here