Lelaki kongsi ‘thread’ travel ke Thailand selama 7 hari dengan hanya RM1000

Biasa kita selalu dengar orang berkongsikan pengalaman melancong ke Thailand dalam 3 atau 4 hari sahaja ke satu-satu tempat. Tapi berbeza dengan lelaki ini, apabila dia berkongsi pengalamannya melalui ‘thread’ di Twitter tentang percutiannya ke Bangkok, Kanchanaburi, Krabi dan juga Hatyai selama 7 hari dan menelan kos lebih kurang RM1000.

Orang kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah berjalan tu, enjoy sepuasnya.

Perkongsian lelaki yang dikenali dengan Mumin_Hafiizh di Twitter ini mendapat lebih 10,000 retweets, serta 15,000 share.

Lelaki berkenaan juga menegaskan tentang jumlah kos sebanyak RM1000 itu adalah untuk transport, penginapan, entrance fee serta pakej-pakej tour yang diambil, tidak termasuk makanan serta cenderamata.

Perbelanjaan kasar selama 7 hari

Kos untuk hotel sahaja
Kos pengangkutan untuk ke sana dan sepanjang di sanaEntrance fee, insuran dan lain-lain

Selain itu, Hafiz juga berkongsi pengiraan kos mengikut hari dan juga itinerary sepanjang mereka di sana yang dapat memudahkan orang lain menjadikan ianya sebagai rujukan.

Senang sikit korang nak buat budgetSampai hari ke 7 dia catat kos perjalananKos makan dengan souvenir ni bergantung kepada individuHari pertama

Kl Sentral -> KLIA2 -> DMK Airport -> Iconsiam -> Thonburi Station -> Check In Hotel

  • Hafiz dan rakan-rakan menaiki menaiki penerbangan ke Bangkok yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dan sampai pada jam 9 pagi.
  • Setelah sesat sewaktu bersiar di bandar Bangkok, mereka menuju ke Iconsiam, mall yang terbesar di sana untuk makan dan berehat sebentar.
  • Meneruskan perjalanan dengan menaiki bot selama 40 minit sambil menikmati pemandangan yang indah dan seterusnya ke Stesen Keretapi Thonburi.
  • Keluar cari makan di pasar malam berhampiran dan berpeluang untuk menyaksikan haiwan-haiwan eksotik yang dijual di situ seperti lipas, lipan, ulat dan juga kala jengking.

Hari Kedua (Kanchanaburi)

Thonburi Station -> Tham Krasae Station (death railway) -> River Kwai Station-> River Kwai Bridge-> War Cemetery -> Check In Hotel

  • Pagi jam 6 dah gerak ke Thonburi Station menaiki teksi, tuktuk susah nak dapat awal pagi
  • Bertolak ke Tham Krasae Station dengan menaiki keretapi selama 4 jam
  • Sepanjang perjalanan, Hafiz dapat melihat pemandangan yang sangat cantik dan indah seperti bukit bukau, sawah padi, serta sungai .
  • Time ni korang kena standby camera untuk ambil gambar atau video sebab keretapi akan diperlahankan kelajuannya.

  • Dah sampai stesen, turun je keretapi terus gerak ke River Kwai Station sebab berdekatan dengan hotel
  • Seterusnya ke tempat tumpuan ramai iaitu River Kwai Bridge untuk bergambar dan proceed ke War Cemetery
  • War Cemetery ni adalah kubur orang-orang yang mati dalam pembinaan laluan keretapi.
  • Tiba malam, pergi ke Kachaburi Night Market untuk mencari makanan halal walaupun hanya ada 2 gerai yang menjual makanan halal.

Hari Ketiga (Kanchanaburi)

Hotel-> Bus Station-> Erawan Waterfall-> Hotel

  • Hari ketiga spend masa dekat Erawan Waterfall sahaja
  • Terdapat 7 level puncak di sini dan setiap tingkat tersebut mempunyai sungai, air terjun serta keindahannya yang tersendiri.

Dah terbayang bunyi air terjun tuHari Keempat (Kanchanaburi)

Hotel-> Kanchanaburi Bus Station-> Bangkok Bus Station-> DMK Airport -> Krabi Airport

  • Ke Krabi naik flight untuk menjimatkan masa, kalau tak akan ambil masa 17 jam perjalanan
  • Mencari pakej tour yang bersesuaian

Hari Kelima (Krabi)

7 Island Tour

  • Ambil 7 Island Tour dari jam 2 petang sampai 8 malam.
  • Enjoy snorkeling, feeding fish dan sightseeing
  • Pakej yang diambil adalah termasuk dengan sewa life jacket serta makan Bbq
  • Selepas dibawa untuk makan Bbq di tepi pantai, dibawa pula menyaksikan plankton serta fire show

Hari Keenam (Krabi)

Hotel-> Emerald Pool-> Night Market

  • Untuk memudahkan pergerakan, mereka menyewa motor untuk ke Emerald Pool dan ianya mengambil masa lebih kurang sejam setengah
  • Di Emerald Pool ni korang boleh relaks-relaks je tenangkan fikiran, di sini dapat tengok kolam air semulajadi yang kebiruan airnya.
  • Di Krabi ni korang jangan risau bab makanan halal, memang banyak pilihan, dekat night market diorang pon sama jugak.
  • Lepas je dah makan , terus gerak ke Pantai Aonang pula.

Welcome to Emerald Pool !Hari terakhir (Hatyai)

Hotel -> Stesen Keretapi Hatyai -> Padang Besar

  • Dari hotel, diorang menaiki mini van untuk ke Stesen Keretapi Hatyai
  • Tidak berpeluang untuk singgah ke Floating Market Hatyai di atas kekangan masa
  • Bergerak pulang menaiki keretapi jam 2 petang

Semoga perkongsian dari saudara ini dapat memberi manfaat dalam memudahkan lagi perjalanan pelancong yang lain.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here