Model albino kacak jadi penyeri dalam MV lagu terbaru Dayang Nurfaizah

Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang mempunyai vokal hebat iaitu Dayang Nurfaizah. Terkenal dengan lagu-lagu bergenre balada, nama Dayang pasti akan diingati dalam beberapa persembahan hebatnya di Anugerah Juara Lagu sejak kebelakangan ini.

Kali ini, Dayang Nurfaizah telah tampil dengan lagu baru yang dicipta oleh penyanyi lelaki terkenal, Faizal Tahir dan juga Mike Chan. Lagu yang berjudul Sebentar telah mengingatkan kita kepada penampilan Dayang diawal kemunculannya.

Penampilan model lelaki unik!

Lagu yang lebih rancak berbanding lagu-lagunya sebelum ini dilihat agak berbeza dengan genre yang biasa kita dengar. Dua hari lepas, klip video untuk lagu Sebentar telah mulai dimuat naik ke saluran YouTube Faithful.

Namun begitu, model lelaki yang menjayakan MV tersebut telah menarik perhatian netizen kerana keunikannya. Lelaki tersebut dikenali sebagai Azhar Firdaus dan merupakan seorang yang berkulit albino.

View this post on Instagram

9.7.2019 at 1pm #mv #sebentar @faithfulmusicmy 🙏🙏🙏

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Seorang model albino

Berwajah kacak dan berpenampilan menarik, Azfar Firdaus merupakan seorang model albino berusia 25 tahun. Dia juga pernah menghiasi muka depan beberapa majalah tempatan.

Azfar juga merupakan seorang Instafamous dan sangat dikenali anak muda terutamanya di Instagram dan Twitter. Menerusi MV lagu Sebentar, wajah pemuda unik ini sudah pun kelihatan seawal minit pertama lagi.

Eh eh ada siapa tu?

Menerusi Instagram Dayang, ramai yang menyedari kehadiran Azfar dalam muzik video itu. Rata-rata netizen yang mengenalinya berasa teruja apabila melihat model kacak tersebut turut berada dalam MV lagu terbaru Dayang Nurfaizah.

OMG saya nampak Azfar lah!

Saya datang sini sebab Azfar!Tonton video penuh di sini:

Sumber: Azfar Firdaus, Dayang Nurfaizah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here