Obses dengan ayam goreng, gadis tak kisah tunang bagi KFC sebagai hantaran

Isu perkahwinan dalam kalangan orang muda sejak kebelakangan ini dilihat semakin kerap dikupas oleh warganet. Dari kisah mengenai hantaran tinggi sehingga tips jimat untuk majlis kahwin ataupun tunang, semuanya seakan mudah diperoleh di media sosial.

Tunang memahami suka makan ayam goreng

Namun begitu, menerusi satu perkongsian mengenai majlis tunang seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Masidayu, dia telah meminta tunangnya memberikan sekotak ayam goreng dari restoran makanan segera KFC. Lebih menarik, ayam goreng itu turut diletakkan di atas dulang hantaran.

Sekadar bagi idea

Pada awalnya, Ayu hanya sekadar memberi idea kerana dia sangat menggemari ayam goreng tersebut. namun begitu, tidaklah begitu berharap kerana faham situasi pada hari pertunangan agak kalut kerana masing-masing sibuk dengan persiapan majlis.

Rancang nikah tahun hadapan

Ayu dan pasangannya yang dikenali sebagai Fakih mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun hadapan.

Lepas tunang boleh makan ramai-ramai

Menerusi perkongsian tersebut, ramai warganet yang meninggalkan komen diruangan Twitter Ayu. Rata-rata mereka berasa terhibur dengan hantaran yang diberi oleh pihak lelaki itu. Walau bagaimanapun, memberi makanan sebagai hantaran diatas dulang merupakan antara idea yang bijak.

Idea yang bagusTahniah, hantaran simple jePernah buat jugak, tapi kantoi abang KFC datang tengah majlis

Sumber : Ayuyuyuyuuu

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here