“Saya ternaik syeh pulak…” – Sherry Al-Hadad mohon maaf isu menari ghairah atas pentas

Baru-baru pengacara terkenal Sherry Al-Hadad telah dikecam teruk oleb netizen gara-gara aksi tariannya yang dikatakan agak melampau dalam satu program televisyen TV3, Drop the Beat Extra.

Dalam rancangan tersebut memaparkan pengacara terlalu asyik menari di atas pentas sambil berguling-guling sehingga hampir menampakkan seluar dalamnya.

Saya minta maaf naik syeh atas pentas…

Susulan daripada itu, pengacara itu telah membuat satu permohonan di atas kelakuannya yang disifatkan agak keterlaluan dalam rancangan tersebut.

Bagi Sherry, dia hanyalah sekadar mahu menghiburkan para penonton dan tidak berniat untuk menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan mereka.

Lupa yang saya ni perempuan…

Mungkin sudah terbawa-bawa karakter sebagai bekas pelakon teater dahulu, Sherry mengakui dia suka untuk tampil lebih luar biasa ketika berada di atas pentas.

“Kadang-kadang saya lupa diri saya ni perempuan (ketawa). Saya pula seorang pelakon teater jadi saya suka memperbesarkan semua benda termasuk perlakuan apabila di pentas…”

Sherry berharap dengan permohonan maaf daripada pihaknya, perkara ini tidak akan diperbesarkan lagi dan cukuplah sekadar dia sudah mengakui kesilapannya.

Sumber : Astro Gempak

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here