Budak perempuan meraung sakit kaki tersangkut tong gas ditenangkan abang2 Bomba

Sejak semalam tular sebuah video seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kanannya tersangkut di celahan tong gas.

Video tersebut memaparkan, kanak-kanak itu menangis ketika beberapa anggotan bomba sedang cuba untuk mengeluarkan kaki kanannya yang tersangkut.

Tak sedar kaki tersangkut dekat tong gas

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama bapa saudaranya dalam perjalanan menuju ke Bukit Mertajam, namun entah bagaimana kaki mangsa boleh tersangkut pada tong gas yang berada dalam kenderaan mereka naiki.

Posted by Shan Mugam Tamilan on Wednesday, July 10, 2019

Abang bomba ramai2 tenangkan

Risau keadaan bertambah teruk, bapa saudara mangsa terus bergegas ke Balai Bomba berdekatan untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan kaki anak buahnya itu.

Proses mengeluarkan kaki mangsa memakan mangsa dalam 15 minit, dapat diperhatikan kesemua anggota yang terlibat cuba menenangkan kanak-kanak tersebut yang tidak henti menangis kerana menahan sakit.

Sumber : Berita Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here