Gara-gara buang sisa plastik merata-rata, sembilan ekor rusa mati di Nara Park, Jepun

Nara Park di Jepun sememangnya terkenal dengan tarikan yang menempatkan lebih 1,500 ekor rusa yang jinak hidup liar dan merata di taman awam tertua tersebut.

Di Nara Park, pengunjung yang datang berpeluang untuk memberi makan kepada rusa-rusa tersebut biskut yang dijual di kiosk-kiosk kecil di sekitar taman tersebut.

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, bilangan rusa yang mati akibat kecuaian dan sikap pentingkan diri manusia semakin bertambah.

Sejak Mac sehingga Jun, kematian rusa tersebut direkodkan dan disahkan akibat dari makan sisa plastik yang telah dibuang di sekitar Nara Park.

Janganla aniaya rusa-rusa comel ini

Yang terbaru, 9 ekor rusa mati dan Yayasan Pemuliharaan Nara telah menjumpai gumpalan beg plastik serta bungkusan snek dalam perut bangkai rusa yang dibedah siasat.

Pegawai rasmi yayasan tersebut berkata, sampah yang paling besar ditemui dalam perut salah seekor rusa tersebut adalah seberat 4.3 kilogram (kg).

Sememangnya pengunjung yang datang ke taman tersebut dibenarkan untuk memberi makan kepada rusa tersebut, tetapi hanya biskut khas yang dijual di kiosk berhampiran dibenarkan. Namun, terdapat segelintir pengunjung yang hadir bersikap degil dengan memberi makan selain dari biskut tersebut.

Bungkusan plastik atau snek makanan tersebut akhirnya dibuang merata-rata di sekitar taman dan mendorong rusa di kawasan itu untuk mengambil serta memakannya. Haiwan-haiwan tersebut mungkin menyangka bungkusan plastik itu boleh dimakan.

Diharap pelancong yang datang lebih peka dengan perkara tersebut dan elakkan memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada rusa-rusa comel itu.

Sumber: Astro Awani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here